December 23, 2024

KENYATAAN MEDIA MAJLIS ULAMA UMNO MENEGUR PRESIDEN PAS

Majlis Ulama UMNO (MUU) menzahirkan kekesalan atas sikap dan cara berpolitik di pentas demokrasi yang keras dan kasar ditampilkan oleh YB Presiden PAS dengan menuduh dan menggelar pihak politik yang berbeza sebagai lebih “dajjal” daripada “dajjal”.

Naratif politik sebegini akan mengulangi siri pertembungan yang tajam khususnya antara penyokong dan ahli PAS dan UMNO awal 80an menerusi cetusan amanat-amanat dan ucapan-ucapan politik yang merosakkan persaudaraan Islam selama puluhan tahun sehinggalah diredakan menerusi Muafakat Nasional pada 2019. Politik sebegini sepatutnya dibenamkan jauh ke dasar lautan dan tidak dijadikan ikutan generasi baru masyarakat Malaysia.

3. Umum umat Islam mengenali susuk “dajjal” menerusi Hadis-hadis Rasulullah (saw) sebagai lambang kekufuran dan kefasikan yang mengelirukan umat manusia dan menguji serta merosakkan keimanan mereka dengan pembohongan dan kejahatan sebelum akhirnya dibunuh oleh Nabi Isa alaihissalam di akhir zaman sebelum Qiamat. Ia sangat tidak wajar dipalitkan sesama muslim yang bersaing secara sihat di arena demokrasi Malaysia.

MAJLIS ULAMA UMNO MALAYSIA4. MUU mengajak semua pihak khususnya para Alim Ulama menghiasi dan memakmurkan politik demokrasi Malaysia dengan akhlak Islam dengan menjunjung peringatan Allah dalam Surah al-Hujurat ayat 11;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَ َ يَسْخَر ْ قَو ْ مٌ م ِن قَو ْ مٍ عَسَى ٰ أَن يَكُونُوا خَيْر ً ا م ِنْهُمْ و َ لَ َ نِسَاءٌ م ِن

الَ ِ سْمُ ن ِسَاءٍ عَسَى ٰ أَن يَكُنَّ خَيْر ً ا م ِنْهُنَّ ۖ و َ لَ َ تَلْمِز ُ وا أَنفُسَكُمْ و َ لَ َ تَنَابَز ُ وا بِالْ ْ َلْقَابِ ۖ بِئْس َ

الْفُسُوقُ بَعْدَ الْ ْ ِيمَانِ ۚ و َ مَن لَّمْ يَتُب ْ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

Maksudnya: “Wahai orang-orang beriman, janganlah ada satu kelompok mempersendakan satu kelompok yang lain barangkali yang dipersendakan itu lebih baik daripada yang mempersendakan. Dan janganlah para wanita mempersendakan wanita-wanita lain barangkali yang dipersendakan itu lebih baik daripada yang mempersendakan. Dan janganlah kamu mencela diri sendiri dan janganlah kamu gelar-menggelar dengan gelaran buruk. Seburuk-buruk nama adalah kefasikan selepas keimanan. Dan sesiapa yang tidak bertaubat maka merekalah sebenar-benar orang-orang yang zalim”

Sekian

Majlis Ulama UMNO Malaysia

Sabtu 19 Safar 1446 H / 24 Ogos 2024

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *