December 22, 2024

KUALA LUMPUR: UMNO tidak mempunyai keperluan untuk bergerak secara solo pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata sekarang adalah masa mencari kesesuaian dalam kalangan komponen untuk memenangi pilihan raya akan datang, sekali gus dapat membentuk kerajaan.

“Masalahnya, kita jangan duduk bercerita pasal go solo ini. Sejak dulu lagi kita tak pernah solo sebab ada Barisan Nasional (BN) dan kita panggil siapa dalam parti kita?

“Kita panggil MCA, kita panggil MIC, kita panggil parti di Sarawak, di Sabah. Semua parti kita panggil duduk dalam satu gagasan yang dipanggil Barisan Nasional.

“Jadi soal solo ini ialah tak wujud bagi saya. Sekarang ini kita nak cari kesesuaian siapa siaap dalam kalangan komponen kita ini yang boleh menubuhkan kerajaan dan membawa Malaysia menjadi negara progresif dari segi pemikiran,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Perhimpunan Agung UMNO 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) d sini, hari ini.

Johari yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, berkata demikian sebagai mengulas ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, semalam

Ahmad Zahid antara lain membangkitkan persoalan mengenai langkah terbaik dalam politik semasa, sama ada mahu bergerak solo atau sebaliknya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *