December 23, 2024

KUALA LUMPUR: Bayi sulung pempengaruh, Marissa Damia yang juga anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim, dilapor meninggal dunia ketika dilahirkan. 

Menurut sumber Harian Metro, Marissa hamil enam bulan dan dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit perut.

“Difahamkan, pada hari kejadian, Marissa dan suami (Aslam) pergi menghadiri acara pelancaran produk dan dibawa ke hospital selepas mengadu sakit perut.

“Bagaimanapun, bayi itu meninggal dunia ketika dilahirkan dalam keadaan pra matang,” katanya.

Menurut sumber lagi, bayi itu selamat dikebumikan pada keesokan harinya.

“Perkara ini diketahui oleh bapa Marissa dan orang terdekat sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Marissa memuat naik gambar makanan yang kebiasaannya disediakan untuk wanita berpantang.

Menerusi hantaran sama, Marissa turut meletakkan gambar suaminya. 

Terdahulu Marissa mengunci mulut mengenai spekulasi sedang berbadan dua seperti yang tular di media sosial.

Marissa ketika ditemui media, baru-baru ini, bagaimanapun hanya meminta doa orang ramai agar segala dakwaan timbul dipermudahkan.

Spekulasi mengenai kehamilan Marissa timbul selepas netizen ternampak ‘baby bump’ ketika dia meraikan ulang tahun adiknya pada 16 Julai lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *