December 22, 2024

Ketua Pemuda Umno, Akmal Saleh menegaskan bahawa sayap pemuda parti itu bukan ‘ejen’ kepada Perikatan Nasional (PN).

Akmal berkata Pemuda Umno telah memberi jaminan walaupun Umno berada dalam kerajaan Perpaduan, sayap parti itu akan memastikan nilai perjuangannya tetap tidak berubah.

“Kita tetap akan pertahankan hak-hak Melayu, hak-hak orang Islam dan kedudukan raja Melayu.

“Buktinya apa? Buktinya tuan-tuan boleh tengok sendiri dan nilai. Berapa banyak kita bertelagah dengan jiran-jiran kita ni.

“Sampai ada yang kata Dr Akmal ni…ada yang kata ejen PN, kepala hotak dia.

“Hei, kita ni ahli partilah. Ada juga yang kata Dr Akmal ni..siapa terasa, terasalah, peduli apa aku.

“Ada yang kata Dr Akmal ni bukan team work material. Nak team work material macam mana kalau dah memang mencabar pendirian kita,” katanya ketika berucap dalam Perhimpunan Agung Umno hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *