December 22, 2024

Zaid tidak sepatutnya melatah dengan kenyataan dari Dato’ Sri Azalina, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi) berkait dengan isu keceluparan Muhyiddin Yasin terhadap YDPA16 ketika berkempen di pilihanraya kecil Dun Nenggiri.

‘Tak perlu ajar Agong pilih PM’, Azalina beritahu Muhyiddin

Zaid Ibrahim seharusnya lebih matang dan menjadi contoh terbaik kepada pengamal undang-undang di Malaysia kerana keberadaan beliau yang dianggap ‘senior’ di dalam bidang perundangan dan pernah menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia untuk hal-ehwal perundangan dan parlimen pada tahun 2008.

Kenyataan DS Azalina adalah tepat berhubung kedudukan Yang di-Pertuan Agong di dalam kuasa melantik seorang Perdana Menteri. Malah Zaid tidak jujur apabila membidas kenyataan DS Azlina. Bukankah Yang di-Pertuan Agong itu sendiri sebagai “perlembagaan negara”?

Zaid juga perlu menilai dengan cermat kedudukan “kes keceluparan Muhyiddin” sehingga dilihat menghina baginda Tuanku seolah “tersilap” di dalam pertimbangannya dalam melantik Perdana Menteri ke-10 selepas Pilihanraya Umum ke-14.

Kenyataan DS Azalina amat jelas mengenai kuasa seorang Yang di-Pertuan Agong di dalam urusan perlantikan seorang Perdana Menteri seperti mana kuasa seorang Sultan/Raja dan Yang di-Pertua di dalam memperkenankan perlantikan seorang Menteri Besar dan Ketua Menteri. Wakil rakyat parlimen dan wakil rakyat dewan undangan negeri hanya perlu menghantar nama-nama cadangan sahaja.

Di dalam isu keceluparan Muhyiddin terhadap YDPA16, Zaid perlu melihat apa yang sebenarnya isu pokok dan bukannya mengambil peluang murahan bagi meraih laba perhatian dan politik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *