December 22, 2024

KUALA LUMPUR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muyhiddin Yassin tiba di bangunan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di sini, kira-kira jam 10.30 pagi tadi bagi proses rakaman percakapan. 

Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Sebelum ini media melaporkan polis akan merakam keterangan Ahli Parlimen Pagoh itu berhubung kenyataannya yang didakwa menyentuh isu 3R (raja, agama dan kaum) ketika kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, rakaman percakapan Muhyiddin sepatutnya semalam namun ditangguhkan hari ini kerana peguam bekas Perdana Menteri itu masih berada di luar negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *