September 19, 2024

Sungai Siput: Remaja lelaki yang disyaki membunuh kanak-kanak Orang Asli, Nuraina Humaira Rosli, 10, di Kampung Bersah, Pos Kuala Mu di sini, kelmarin, direman selama tujuh hari.

Majistret Nurul Asyifa Redzuan membenarkan permohonan reman ke atas suspek berusia 17 tahun itu bermula hari ini sehingga 25 Ogos depan bagi membantu polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Suspek yang juga saudara terdekat mangsa tiba di Mahkamah Majistret Sungai Siput, di sini, jam 8.30 pagi tadi dengan berpakaian baju t biru gelap dan seluar sukan gelap sebelum dibawa keluar 15 minit kemudian.

Sabtu lalu, mayat murid tahun empat Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Kuala Mu itu ditemukan di kawasan berpaya di perkampungan Orang Asli Kampung Bersah sekitar jam 4.20 petang, hasil operasi mencari yang digerakkan selepas mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak Jumaat.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin dilaporkan berkata, hasil bedah siasat menemukan kesan koyakan pada kemaluan mangsa.

Menurutnya, laporan sama dikeluarkan Hospital Sungai Siput itu juga menunjukkan terdapat kecederaan akibat tekanan pada bahagian leher mangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *