December 22, 2024

KUALA LUMPUR: Peguam syarie mewakili pengarah kontroversi Syamsul Yusof, iaitu Azmi Mohd Rais mengesahkan anak guamnya memfailkan perceraian terhadap isteri, Ira Kazar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor, kira-kira jam 2 petang tadi.

Azmi berkata, Syamsul memfailkan perceraian atas alasan tiada persefahaman dengan isteri. Namun, maklumat lanjut mengenai perkara itu belum boleh dikongsi.

“Iya, Syamsul sudah failkan cerai pada jam 2 petang tadi. Alasannya, tiada persefahaman. Nanti saya akan maklumkan maklumat mengenai sebutan seterusnya. Saya akan sahkan tarikh sebutan kemudian. 

“Tapi, memang Syamsul sudah failkan (perceraian) petang tadi,” katanya.

Syamsul, 40, didakwa sudah memfailkan perceraian terhadap Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Sumber Harian Metro dilapor berkata, tindakan itu dibuat selepas tidak ada lagi persefahaman antara mereka.

Terdahulu, pada Oktober tahun lalu timbul khabar angin mengenai perceraian pasangan ini.

Syamsul dan Ira atau nama sebenar, Faghirah Fatini Kazaruddin berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

Perkara itu disahkan Syamsul menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagram pada Januari tahun lalu.

Rentetan daripada itu, pelakon Puteri Sarah pada ketika itu sebagai isteri pertama nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *