December 23, 2024

Ahli Majlis Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi menyifatkan tindakan Muhyiddin Yassin sebagai keterlaluan apabila bekas perdana menteri itu menyentuh kewibawaan Al-Sultan Abdullah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-16, baru-baru ini.

Katanya, ucapan pengerusi Perikatan Nasional (PN) dan presiden Nersatu itu jelas berbaur hasutan dan pihak berkuasa mesti segera bertindak.

“Tindakan Muhyiddin apabila mengheret nama Yang di-Pertuan Agong ke-6 di Nenggiri keterlaluan. Kini ada 28 aduan polis dibuat terhadapnya.

“Muhyiddin wajib mohon maaf secara terbuka terlebih dahulu. Sepatutnya dia disiasat segera. Tindakan tegas mesti diambil terhadap Muhyiddin,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Muhyiddin dikatakan menyentuh kewibawaan Al-Sultan Abdullah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-16 ketika ceramah umum Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Nenggiri di Felda Perasu pada 15 Ogos lalu.

Dia didakwa sebagai berkata, dirinya sudah mendapat 115 sokongan ahli-ahli Dewan Rakyat selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang membolehkannya diangkat sebagai perdana menteri.

Mengulas lanjut, Puad berkata, ucapan Muhyiddin yang berbunyi “tetapi entah macam mana YDP Agong waktu itu tidak ajak jemput saya ke Istana untuk angkat sumpah” amat jelas berbaur hasutan.

“Apatah lagi ia dibuat secara terbuka dan dalam kempen politik. Lima hari sudah berlalu. 

“Muhyiddin membisu dan tidak mohon ampun. Sesuaikah dia jadi PM semula?” soal Puad lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *