December 22, 2024

KUALA LUMPUR: “Saya tidak tahu apa-apa sebab kami sudah bertahun tidak berhubung.” 

Itu jawapan bapa Syamsul Yusof, iaitu Datuk Yusof Haslam berhubung laporan menyebut pengarah kontroversi itu sudah memfailkan perceraian terhadap isteri, Ira Kazar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor, hari ini.

Yusof ketika dihubungi BH Online enggan mengulas lanjut kerana tidak tahu menahu soal itu termasuk kemelut rumah tangga membabitkan Syamsul dan Ira.

“Allahuakbar… Saya tidak tahu mengenai hal ini. Kami sudah tidak berhubung, malah, Aidilfitri pun dia (Syamsul) tidak balik (ke rumah keluarga). Dia tidak hubungi kami, jadi, kami tidak berani komen sebab tidak tahu langsung hal ini.

“Jadi, memang kita tidak tahu apa-apa. Macam mana kami hendak tahu dengan keadaan begini,” katanya. 

Harian Metro melaporkan Syamsul, 40, didakwa sudah memfailkan perceraian terhadap Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Tindakan itu dibuat selepas tidak ada lagi persefahaman antara mereka.

Terdahulu, pada Oktober tahun lalu timbul khabar angin mengenai perceraian pasangan ini.

Syamsul dan Ira atau nama sebenar, Faghirah Fatini Kazaruddin berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

Perkara itu disahkan Syamsul menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagram pada Januari tahun lalu.

Rentetan daripada itu, pelakon Puteri Sarah pada ketika itu sebagai isteri pertama nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun laluT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *