September 19, 2024

Landskap politik negara jelas menunjukkan perubahan, terutama dari kalangan pengundi Melayu, dan momentum sokongan pada masa hadapan, selepas menyaksikan ‘flip’ pertama, kerusi bertukar tangan, pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri(DUN) Nenggiri, semalam.

Biarpun bertanding di ‘gelanggang’ pasukan lawan, Barisan Nasional (BN) mewakili Kerajaan Perpaduan bukan sahaja tidak tenggelam dilanggar badai ‘gelombang hijau’ malah menang bergaya dengan majoriti meyakinkan.

Penganalisis politik Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat kemenangan itu memberikan UMNO nafas baharu dengan motivasi untuk mengekalkan momentum dan kembalikan sokongan, terutama dalam kalangan penyokong tegar mereka.

“UMNO turun dengan misi ‘do or die’ di kawasan yang pernah menjadi kubu kuat mereka. Strategi meletakkan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Pilihan Raya BN bagi PRK itu amat signifikan kerana ia mengubah pendekatan berkempen dan mengutamakan kekuatan calon.

“Bagi Perikatan Nasional, kemenangan ini tidak menjejaskan kedudukan mereka di negeri tersebut, tetapi ia sebenarnya merupakan isyarat agar mereka tidak terlalu selesa dengan beberapa siri kemenangan di kawasan majoriti Melayu sebelum ini,” katanya kepada Bernama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *