September 19, 2024

Petaling Jaya: Polis menyiasat bekas Ahli Parlimen yang terbabit dalam kes gangguan seksual terhadap seorang pemilik restoran di daerah ini.

Difahamkan lelaki berusia 49 tahun itu melakukan perbuatan itu terhadap pemilik restoran sebanyak dua kali pada Januari dan Julai lalu sebelum mangsa tampil membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail mengesahkan menerima laporan daripada mangsa.

“Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 507A dan 509 Kanun Keseksaan,” katanya.

Satu kenyataan media akan dikeluarkan berhubung kes itu.

Difahamkan kejadian berlaku sekitar Januari lalu di sebuah festival makanan di Petaling Jaya apabila lelaki itu yang juga dikatakan pengerusi sebuah syarikat melakukan gangguan seksual terhadap mangsa.

Malah suspek pada Julai lalu didakwa mengajak mangsa melakukan perkara tidak senonoh namun ditolak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *