December 23, 2024

Dungun: Mayat lelaki hampir reput ditemui terbaring di kawasan belukar dekat Kampung Bukit Chatak, dekat sini, petang tadi.

Mayat belum dikenal pasti identiti itu ditemui pada 3.20 petang oleh seorang lelaki selepas terhidu bau busuk ketika mencari kayu untuk dibuat bubu.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir berkata sepasukan anggota dihantar ke lokasi sebaik menerima laporan untuk tujuan siasatan.

“Lokasi penemuan mayat di atas bukit serta jauh daripada laluan utama dan berdasarkan keadaannya, kita percaya mangsa sudah meninggal dunia lebih seminggu.

“Siasatan awal polis juga tidak menemukan sebarang unsur jenayah dan mayat dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *