December 18, 2024

GARA-GARA terkait dengan kes rasuah membabitkan suaminya, akaun Instagram pelakon Sandra Dewi hilang beberapa hari selepas Harvey Moeis ditahan pihak berkuasa.

Sebelum itu, laman sosialnya masih aktif tetapi menjadi pusat serangan netizen yang menyalurkan perasaan marah atas perbuatan ahli perniagaan terbabit.

Apatah lagi isterinya dulu kerap menunjukkan kemewahan luar biasa tanpa menyedari mereka adalah antara personaliti popular yang disyaki mempunyai kaitan dengan korupsi timah.

Pelakon Cinta Indah itu antara 180 saksi yang dipanggil untuk membantu siasatan berhubung kes yang berlaku sekitar 2015 sehingga 2022.

Baru-baru ini, dua kenderaan mewah lain milik Harvey disita kerajaan, manakala jet peribadinya masih disiasat sama ada mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *