December 18, 2024

LUMUT: Seramai 21 anggota bomba dan penyelamat terbabit dalam operasi membantu mangsa tragedi dua helikopter di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada jam 9.50 pagi membabitkan kemalangan helikopter yang berlaku di Stadium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Manjung, Perak.

Susulan kejadian itu, pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Manjung dan BBP Sitiawan membabitkan 21 anggota digerakkan ke lokasi.

“Sebaik menerima maklumat, pasukan itu digerakkan bersama jentera FRT, kenderaan Unit EMRS, kenderaan utiliti Toyota Hilux dan Perodua Kembara sebaik dihubungi.

“Dalam kejadian itu, ada 2 buah helikopter milik TLDM iaitu M502-6 (FENNEX), dinaiki oleh 3 orang mangsa dan M503-3 (HOM), dinaiki oleh 7 orang mangsa.

“Kesemua mangsa adalah anggota dan pegawai TLDM. Kedua-dua helikopter ini bertembung ketika melakukan latihan penerbangan. Kesemua mangsa terlibat disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan KKM,” katanya.

Jurucakap itu berkata, kerja-kerja untuk mengeluarkan kesemua mangsa yang terlibat di lokasi kejadian telah dijalankan oleh pasukan bomba sehingga selesai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *