December 26, 2024

Pemain bola sepak Zaquan Adha membuat laporan polis susulan kenyataan bebaur fitnah dilkeluarkan oleh Rita Rudaini terhadapnya di Insta Story.

Menerusi perkongsian di Instagram, Zaquan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, Negeri Sembilan hari ini serta menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan lanjut.

“Saya baru saja buat laporan berkenaan dengan IG story yang dikeluarkan oleh Rita yang berunsurkan fitnah melibatkan saya dan keluarga. Jadi saya serahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sebelum ini, Rita dilihat membidas bekas adik iparnya yang mengatakan dia tidak masuk campur urusan rumah tangga abangnya, Aidil Zafuan dengan bekas kakak iparnya itu. 

Rita juga mendakwa bekas adik iparnya itu antara punca masuk campur urusan rumah tangganya malah Zaquan sendiri yang datang ke rumahnya untuk mengambil pakaian Aidil ketika itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *