September 20, 2024

Perikatan Nasional supporters at Nomination centre for Parliament P. 102 Bangi. — SHAARI CHEMAT/The Star

 Undi kaum Melayu menjadi kayu pengukur bagi menentukan kemenangan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu tidak lama lagi.

Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perkara itu antara yang perlu diberi penekanan oleh jentera parti sepanjang tempoh berkempen.

Menurutnya, Pas akan mengerahkan seramai mungkin jenteranya untuk membantu kempen calon tersebut demi memastikan kemenangan PN.

“Saya percaya sekiranya itu dapat dimaksimumkan, undi jika maksimum daripada komuniti Melayu diperoleh, saya rasa itu merupakan kunci yang besar untuk kita mencapai kemenangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas istiadat pembukaan penggal kedua Dewan Undangan Negeri Terengganu ke-15 di Wisma Darul Iman di sini pada Isnin.

Ahmad Samsuri berkata, Pas terbuka untuk menerima siapa sahaja menjadi calon mewakili PN pada PRK berkenaan.

“Sudah tentu, Pas akan kerahkan jentera kerana yang akan bertanding nanti adalah PN, daripada parti mana sekalipun itu akan diputuskan oleh kepimpinan dalam mesyuarat khas PN petang ini.

“Mesyuarat berlangsung di Kuala Lumpur untuk membincangkan secara terperinci mengenai calon yang akan dipilih.

Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *