December 18, 2024

Yang di-Pertuan Agong menzahirkan supaya parlimen perlu bersidang sebelum tamat darurat pada 1 Ogos supaya proklamasi dan ordinan darurat dapat dibahaskan, kata Anwar Ibrahim.

“Maknanya, sidang parlimen itu mestilah dilakukan dilaksanakan segera dalam notis yang singkat,” kata ketua pembangkang yang juga presiden PKR.

Sebelum ini, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah secara khusus menyentuh Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan yang memberi kuasa kepada parlimen untuk membatalkan proklamasi darurat dan ordinan darurat sekiranya parlimen bersetuju.

Oleh itu, kata Anwar, speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin harus mengambil langkah-langkah memanggil parlimen bersidang dengan segera.

Tambahnya, Muhyiddin harus mengundurkan diri jika enggan mengendahkan perintah Agong.

Anwar berkata bahawa kabinet Muhyiddin “tidak rasa malu” walaupun Agong berulang kali menyatakan parlimen harus bersidang segera.

“Saya yakin Agong hanya menyuarakan pandangan majoriti MP dan majoriti rakyat negara ini,” kata Anwar.

“(Agong) lebih faham derita mereka (rakyat), kesukaran mereka dan tidak angkuh dan sombong seperti kita melihat jawapan demi jawapan yang dibuat oleh menteri-menteri dan pimpinan negara kita termasuk peguam negara, speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara.”

Putrajaya sebelum berkata akan membuka semula parlimen pada Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara.

Namun, tidak dapat dipastikan bila fasa itu akan bermula kerana ia bergantung kepada jumlah kes harian Covid-19, kesediaan Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kadar vaksinasi negara.

Sebelum ini, Azhar dan Presiden Dewan Negara Rais Yatim menjangkakan sidang parlimen secara hibrid boleh diadakan pada akhir Ogos atau selewat-lewatnya minggu pertama September.

Admin: Ini berita diterbitkan pada Jun 29, 2021, berbeza dengan sekarang apabila beliau jadi PM, isu penahanan rumah Najib Razak menjadi hangat kerana Anwar menegaskan addendum dikri YDPA perlu melalui Lembaga Pengampunan dahulu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *