December 18, 2024

Mahkamah Majistret Kota Bharu membenarkan reman suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disambung lima hari lagi hingga 27 April ini.

Perintah reman terhadap Hafizul Hawari, 38, dikeluarkan Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, lapor Sinar Harian.

Suspek dilaporkan tiba di Mahkamah Majistret Kota Bharu pada 8.35 pagi tadi dengan kawalan ketat polis.

Kira-kira 1.30 pagi 14 April lalu, seorang lelaki bersenjatakan pistol melepaskan tembakan ke arah isterinya di Balai Ketibaan KLIA, tetapi terkena pengawal peribadinya yang menyebabkan mangsa cedera parah.

Suspek kemudian melarikan diri, tetapi ditahan bersama pistol di depan sebuah hospital swasta di Kelantan pada petang keesokannya.

Dia kemudian direman seminggu mulai 16 April lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *