September 20, 2024

Sedang hangat nama anaknya diperkatakan di media sosial selepas seorang wanita mengaku dirinya kekasih Aliff Aziz, akaun Instagram ibunya iaitu Siti Hafiza didapati ‘lenyap’.

Hasil tinjauan mendapat akaun Instagram menggunakan nama fizaaziz yang sering memuat naik kata-kata kerohanian dipercayai sudah dinyah aktifkan.

Sejak pagi tadi, hangat diperkatakan apabila wanita bernama Sarah Yasmine mendedahkan dia merupakan kekasih Aliff sejak Januari 2024 serta memuat naik video mesra bersama aktor itu.

Malah, wanita itu mendakwa Ruhainies ada rancangan jahat untuk menjatuhkan isterinya, Bella Astillah serta kecewa apabila tertipu dengan Aliff.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *