December 18, 2024

Bapa pukul anak

Bapa mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas pertuduhan mencederakan anak perempuannya menggunakan objek, bulan lalu. 

Tertuduh, 44, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norma Ismail.

Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan sengaja menyebabkan cedera ke atas anaknya, 17, dengan alat yang digunakan sebagai senjata yang mungkin menyebabkan kematian iaitu kerusi plastik, bakul pakaian dan papan seterika.

Perbuatan itu dilakukan 11.45 malam di Kampung Kendong Baru, Rembau, 23 Januari lalu.

Oleh itu, tertuduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A akta yang sama.

Mahkamah menetapkan 5 Mac depan bagi sebutan hukuman.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Qaiyyum Ramlan. 

Terdahulu, di Mahkamah Sesyen Seremban, tertuduh sama  mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol anaknya yang berusia 16 ketika kejadian November tahun lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *