Penyanyi Akim Ahmad mendedahkan dia sering menerima mesej nakal daripada netizen yang mengajaknya melakukan perkara tidak baik.
Memetik mStar Online, Akim berkata sebagai suami dan bapa dia tahu batas dirinya serta mengambil pendekatan tidak melayan mesej diterimanya.
“Sebenarnya banyak dapat mesej nakal. Bila sudah berumah tangga ini, kita sendiri tahu apa kita nak… Jaga diri, kesihatan dan kehidupan supaya tidak ada masalah.
“Kalau kena ganggu ini, kita jangan beratkan pemikiran kita. Kalau layan pening kepala. Nak jaga diri, baik jangan layan,” katanya.
Bukan itu saja, Akim berkata ada juga netizen yang berani menghantar gambar tidak senonoh untuk mendapatkan perhatiannya, namun dia akan berfikir kehadapan mungkin ianya adalah akaun palsu.
“Saya fikir sebelum dia nak perangkap saya, saya fikir apa yang akan berlaku di hadapan saya. Sebelum jadi macam tu saya kawal apa yang patut,” katanya.