December 18, 2024

Terlalu banyak gangguan sepanjang perjalanan kes Presiden UMNO, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Bukan sahaja kewujudan kesnya adalah konspirasi tahap tertinggi tetapi paling mengejutkan apabila pendedahan perbelanjaan atau kewangan Yayasan Akal Budi menunjukkan wujud percanggahan dengan “hujah awalan” dari pendakwa raya, Raja Rozela.

Raja Rozela dengan penuh yakin memberikan hujahannya bahawa beliau akan membuktikan di mahkamah bahawa “money trail” bakal menunjukkan tidak ada satu sen pun dari jumlah RM31 juta yang digunakan oleh Yayasan Akal Budi adalah untuk orang miskin. Sebaliknya menurut Raja Rozela, kesemua perbelanjaan tersebut adalah terarah kepada pembayaran penggunaan kad kredit, membayar insuran kenderaan dan juga pembayaran cukai jalan kenderaan.

Pada hakikatnya, saksi-saksi pihak pembela tampil membuat pengakuan bahawa bagaimana Zahid melalui Yayasan Akal Budi tampil membantu pembinaan masjid di dalam dan luar negara termasuk pengubahsuaian gereja kepada masjid, pembiayaan madrasah tahfiz di bawah pentadbiran langsung Yayasan Akal Budi dan bantuan tidak langsung kepada madrasah tahfiz di beberapa buah negeri.

Rakyat tidak dihidangkan dengan “perjalanan cerita yang sebenar” di sepanjang proses perbicaraan seperti dokumen pendakwaan yang tidak lengkap, bahan bukti seperti cek dari Yayasan Akal Budi tidak dihantar ke makmal kimia dengan segera untuk tujuan pembuktian samada ianya tandatangan asli atau palsu, dokumen representasi bukan dikemukakan sekali tetapi sebanyak 8 kali. Kenapa pihak media perdana tidak menyiarkan apa yang berlaku sebenarnya pada setiap kali perbicaraan?

Tekanan dari Majlis Peguam juga tersangat bias dan ‘double standard’. Ketika Tommy Thomas melepas dan membebaskan Lim Guan Eng sedangkan kes sedang berjalan dengan puluhan saksi dipanggil, Majlis Peguam mengeluarkan kenyataan bahawa ada klausa tentang kuasa Peguam Negara. Sebaliknya bagi kes Zahid, Majlis Peguam meroyan kononnya wujud campurtangan kerajaan pusat.

Bukan satu kes yang Tommy Thomas lepaskan tetapi 15 kes kesemuanya.

Jika dari awal kes Zahid sudah nampak pelik dan cacat perjalanannya, perlukah lagi Peguam Negara teruskan.

Khabarnya Peguam Negara tidak mampu untuk terus menerus menanggung dosa di dalam konspirasi ini?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *