December 18, 2024

Naratif yang dimainkan oleh musuh UMNO termasuk musuh dalaman dan juga musuh politik Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berkepentingan politik adalah cukup mudah, mereka hanya mainkan “jumlah pertuduhan” iaitu “47 pertuduhan” yang dihadapinya.

Kesemua musuh ini tidak berani untuk memperincikan pendakwaan tersebut kerana akan menampakkan jelas betapa Zahid sebenarnya sedang menghadapi “pendakwaan terpilih” kerana tidak mahu tunduk kepada Mahathir. Konspirasi yang terancang, pendakwaan tanpa dokumen yang lengkap pada awalnya kerana yang penting senario Zahid diheret ke mahkamah perlu dipertontonkan bagi mencalar imej Presiden UMNO seterusnya sebagai bahan untuk memburukkan parti UMNO.

Harga yang mahal terpaksa dibayar oleh Zahid dan UMNO. Sebelum ini, Najib Razak adalah mangsa perancangan kumpulan yang gila kuasa ini.

Apabila semakin jelas bahawa kes Zahid semakin “ke laut” maka keputusan perlu diambil bagi memberhentikan episod perbicaraan yang tidak akal ini. Walaupun mahkamah membuat keputusan “melepas tanpa membebaskan”, musuh kekal tidak berpuashati. Angka 47 diteruskan dan dijadikan dakyah untuk mengelirukan rakyat.

Tiada yang berani menyatakan kes ini antaranya melibatkan perbelanjaan membina masjid di dalam dan luar negara termasuk mengubahsuai gereja menjadi masjid. Membina beberapa pusat tahfiz termasuk di Melaka. Hampir RM100juta perbelanjaan ini adalah dari usaha Zahid melalui Yayasan Akal Budi yang mana merupakan yayasan milik sendiri sepenuhnya.

Saksi-saksi pihak pembela telah memberi keterangan termasuk pegawai beliau sendiri yang mengaku meniru tandatangan Zahid melalui kaedah ‘rubber stamp’. Malah ugutan Mahathir supaya Zahid membubarkan UMNO adalah antara faktor dan bukti penting bahawa kes Zahid adalah pertuduhan terancang.

Kegagalan untuk meneruskan rancangan jahat terhadap UMNO dan Zahid nampaknya tergendala dan di pilihanraya kecil parlimen Pulai dan Dun Simpang Jeram rakyat di sana telah menghantar isyarat bahawa politik “menunggang rakyat” dan “menunggang agama” tidak relevan lagi.

Kes Muhyiddin yang dilepas dan dibebaskan sepatutnya diperdebatkan. Rakyat perlu tahu bagaimana wang ratusan juta berada di dalam akaun parti politik Muhyiddin yang berumur setahun jagung dan terang-terang telah disebut duit tersebut dari siapa. Peguam Negara telah pun memfailkan rayuan terhadap kes Muhyiddin yang lepas dan bebas ini.

Menantu Muhyiddin juga melarikan diri dan kumpulan ini sedikit pun tidak ingin mengulas atau membuat sesi penerangan, jika tidak bersalah kenapa melarikan diri? Anih bukan?.

Ahli UMNO sepatutnya bersyukur mempunyai presiden parti yang berani menghadapi kartel mabuk kuasa ini. Bayangkan harta milik UMNO dan paling penting bagaimana nasib Najib jika Zahid mengalah dan tunduk kepada Mahathir.

Yakinlah, Bossku akan kembali dalam waktu yang terdekat. Dalang konspirasi telah terbukti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *