December 22, 2024

Hadi Awang membuat kenyataan yang tidak cermat di dalam sidang parlimen pada hari ini apabila dengan longgarnya mengatakan tiada DNAA di dalam Islam, merujuk kepada kes Zahid barangkali.

Rupanya Hadi Awang bukanlah mufassirin atau ahlul tafsir yang boleh dijadikan rujukan. Dalam penafsiran, qias adalah rujuk terakhir apabila kita membuat penafsiran.

Lupakah Hadi Awang apabila ada seorang lelaki, Ma’iz bin Malik datang kepada Nabi saw, datang menyerah diri dengan membuat pengakuan bahawa beliau berzina dan minta dihukum. Nabi saw ‘melepas tanpa membebaskannya’ sehinggalah Nabi saw berpuashati dengan siasatan terperinci yang dilakukannya sendiri. Lelaki ini tidak dipenjarakan dan tidak dihalang untuk pulang ke kampungnya.

Panjang kisah Ma’iz ini dan perlu dilihat dari semua sudut sebagai pengajaran. Jangan melihat dari sudut ‘menyerah diri’ sahaja tetapi lihat bagaimana Nabi saw bertindak.

Ini pandangan saya. Hadi Awang pula dengan pandangan berkepentingan politik beliau. Sepatutnya ketika beliau mengeluarkan “fatwa” itu, beliau seharusnya memandang tepat ke muka Shahidan Kasim.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *