November 17, 2024

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan diminta menghubungi Polis Kuala Lumpur bagi membantu siasatan. FOTO Ihsan PDRM

Polis Kuala Lumpur kini sedang mencari seorang wanita tempatan bernama Celine Chan Tzi San untuk membantu dalam siasatan. Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, polis memaklumkan bahawa Celine, yang berusia 27 tahun, diperlukan untuk membantu dalam siasatan yang melibatkan kes di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. Kes ini melibatkan satu laporan yang berlaku di Bukit Jalil.

Alamat terakhir yang diketahui bagi Celine ialah di nombor 17, Jalan Sutera 3, Taman Jalil Sutera, 57000, Bukit Jalil.

Bagi sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan Celine, dijemput untuk menghubungi Inspektor Norhasriani Muhamad Nor di talian 017-4918404.

Selain itu, orang awam juga boleh menghubungi Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Cheras di talian 0392050357, Hotline Polis Kuala Lumpur 0321159999, atau mana-mana balai polis berhampiran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *