November 17, 2024

“Fitnah terancang akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun” – Saidina Ali r.a

Fitnah terancang nampaknya menguasai politik Malaysia pada hari ini. Perang saraf dengan kaedah “meratib” tentang sesuatu isu fitnah atau rekayasa atau doktrin berulang kali boleh menjadikan perkara tersebut seolah ada kebenarannya.

Isu cukai GST, bukan sekadar dijadikan ratib harian samada di pentas ceramah politik dan di medium media sosial tetapi lebih parah menjadikannya sebagai bahan protes untuk turun ke jalanraya. Akhirnya Kerajaan Pusat hari ini mula membicarakan kemungkinan untuk ‘membawa’ kembali rejim cukai ini.

Isu 1MDB termasuk kes pengubahan laporan audit, akhirnya mahkamah mengekalkan bahawa Najib Razak dan Arul Kanda tidak bersalah. Paling memalukan negara, saksi yang dikatakan menyimpan laporan audit diberi gelaran “Datuk” ketika kes sedang berjalan semata-mata ingin menampakkan perjalanan fitnah itu satu kebenaran.

Kini selepas kes konspirasi SRC yang melibatkan Najib Razak, kes Zahid pula berdepan dengan ratib harian.

Ketika Zahid didakwa, ratib harian supaya menampakkan Zahid telah bersalah dan apabila Zahid dilepas tanpa dibebaskan, kumpulan berkepentingan politik ini mula menyerang dari segenap penjuru termasuk akan membuat demostrasi kononnya ingin “Selamatkan Malaysia”.

Kempen pilihanraya di 6 negeri memberi kesan buruk kepada pemikiran rakyat dan pilihanraya kecil di Johor turut menerima impak dokrin sesat apabila penggunaan fatwa sesat digunakan secara berani dan terang-terangan. Jelmaan ustaz politik agak membimbangkan. Mereka tiada merit atau tiada kelulusan akademik boleh membawa watak ulama dan akhirnya pemikiran Melayu Islam mula rosak.

Jika kerajaan melalui kementerian yang dipertanggungjawabkan tidak menjalankan amanah mereka maka kerosakan ini akan makin membarah dan Malaysia bakal menjadi negara syiah.

Hanya kebenaran yang tersusun boleh mengalahkan gerakan fitnah terancang ini.

Kerajaan Madani, jangan terlalu lena dengan 147 kerusi di parlimen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *