November 17, 2024

Setiap kali adanya pilihanraya termasuk pilihanraya umum, pilihanraya negeri dan pilihanraya kecil rakyat dan pengundi akan dihidangkan dengan pelbagai dalil melalui tafsiran berkepentingan satu kelompok politik.

Dalil, nas dan sirah dipergunakan sewenangnya dengan tujuan meraih undi dan yang menjadi mangsa adalah pengundi Melayu Islam. Neraka menjadi bahan ugutan termasuk hukum mengharamkan undi pihak lawan ciptaan sendiri.

“Bangsa Melayu” juga dijadikan bahan kempen murahan. “Melayu terancam..”, itulah ayat yang diratib di setiap pentas ceramah kempen.

Pilihanraya kecil kerusi Parlimen Pulai dan Dun Simpang Jeram menyaksikan betapa tidak terkawalnya bahan kempen kotor dan jahat ini dan nampak tersangat jelas Perikatan Nasional yang diketuai oleh Ulamak Politik PAS menyalahgunakan tafsiran hadis dan quran sehinggakan ramai pengundi yang terkesan dan terpedaya.

Paling mengecewakan, pihak yang bertanggungjawab soal kemurnian Islam dilihat tidak bangkit menangkis dan memperbetulkan dakyah sesat yang dilakukan oleh golongan perosak Islam atau penunggang agama ini.

Walaupun keputusan menunjukkan kempen kotor ini kalah tetapi analisa angka menunjukkan peratusan Melayu Islam sudah termakan dengan kempen sesat kumpulan tersebut.

Menteri Agama, sampai bila?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *