December 18, 2024

Keputusan Syed Saddiq mengundur diri sehari sebelum sidang Parlimen pada hari ini adalah ‘langkah politik’ yang berkepentingan diri dan bukannya menegakkan keadilan.

Tindakan Syed hanya membuktikan beliau masih memusuhi UMNO-BN dan Presiden UMNO Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hanyalah mangsa terpilih. Samalah dengan Najib Razak, hanya kerana beliau Presiden UMNO maka Syed mencari peluang menumpang populariti dengan menyerang induk parti UMNO. Jika dari parti lain Syed sedikit pun tiada reaksi malahan mampu nyenyak tidur di sebelah wanita dengan “ketiak berbulu menghiasi kamar ranjangnya”.

Kes Lim Guan Eng, ditarik balik ketika sedang berjalan sehinggakan SPRM sendiri terkejut. Dan terkejutnya SPRM bukanlah seperti Mahathir turut terkejut dengam kes yang sama ini. Ketika ini Syed Saddiq tidak memberi apa-apa reaksi. Ketika itu Syed Saddiq adalah seorang menteri di bawah kerajaan pimpinan Mahathir.

Kes pendakwaan terhadap Rafizi, beliau terlepas hukuman penjara selama 18 bulan dan digantikan dengan bon berkelakuan baik untuk dua tahun dengan cagaran RM10,000 serta seorang penjamin. Syed Saddiq tidak memberi apa-apa respon termasuk penggunaan ayat “normalisasi rasuah”.

Semalam, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menyelar Syed Saddiq dan membongkarkan rahsia kemenangan beliau di Muar. Syed menang kerana sokongan dari Pakatan Harapan dan bukannya kerana kekuatan parti MUDA.

Kesimpulannya, hubungan baik Syed Saddiq dengan Hannah Yeoh adalah palsu. Hannah ditipu oleh Syed selama ini. Hannah perlu tampil membuat kenyataan, apakah bentuk bantuan yang Dap/Pakatan Harapan berikan kepada Syed?

Menipu adalah normal bagi Syed. Menipu Mahathir, menipu Muhyiddin dan akhirnya DAP juga turut tertipu.

Normal bagi politikus yang mengutamakan kantungnya sendiri dari melihat dan membantu rakyat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *