December 18, 2024

PERUBAHAN wajah penyanyi dan komposer popular, Hael Husaini, 36, menjadi kontroversi sejak kebelakangan ini. Tular foto terbaharu Hael, dipercayai dirakam ketika penyanyi lagu Jampi ini menghadiri sebuah acara anugerah di ibu negara, menampakkan apa yang dikatakan perubahan pada wajah jejaka ini mirip bintang K-Pop.

Perubahan pada wajah dan fizikal Hael menyebabkan ramai tidak kenal siapa artis dalam foto tersebar.Hal Husaini Razmi, menjawap pertanyaan membabitkan rutin penjagaan diri dan tata rias dirinya. Memetik sumber,

“Bagi saya, apa yang orang lihat Hael, itulah bentuknya. Tiada apa-apa yang mahu saya katakan mengenai perkara ini. 

“Sebagai selebriti, saya sentiasa menjaga penampilan. Apa yang anda lihat, itulah saya.

“Ini bukan suatu perkara yang saya fikir perlu dirumitkan. Kita kena faham, saya adalah selebriti. Kerja selebriti adalah untuk kelihatan ‘presentable’ (berketrampilan). 

“Saya mengaku suka tampak ‘presentable’ di mata masyarakat. Seperti saya kata, apa yang anda nampak, itulah saya,” katanya kepada BH Online.

Mengulas fizikal tampak semakin kurus, Hael berkata, dia kurus sejak dahulu lagi.

“Lagipun, saya sudah berusia 36 tahun, jadi memang kena jaga semuanya,” katanya ringkas.

Dilihat gemar berfesyen dan penampilan berbeza membuatkannya terus dikaitkan kontroversi, Hael berkata, apabila dia diberi peluang membesar dalam dunia fesyen bukan sahaja di Malaysia, malah diundang menghadiri pertunjukan fesyen di luar negara. 

“Jadi, apabila saya mewakili Asia Tenggara untuk beberapa acara fesyen, saya fikir itu adalah suatu kebanggaan yang dibawa.

“Membawa wajah dan mempromosikan nama negara, saya anggap ini suatu pencapaian besar. 

“Saya sentiasa jaga diri kerana penampilan sangat penting untuk seorang selebriti. Kalau hendak diikutkan, saya fikir, sekarang adalah zaman visual. 

“Anda bukan saja dengar saya di radio, malah, dalam semua platform. 

“Sebagai selebriti, saya kena tunjuk contoh yang baik. Dalam hal ini, pastinya yang terbaik untuk diri sendiri. 

“Apa yang penting, saya nampak ‘handsome’,” katanya.

Memetik sumber BH, Hael mengulas perjalanan yang tidak lekang dengan berita sensasi, Hael berkata, sudah namanya selebriti, kena hadap pakej di mana sentiasa berhadapan dengan gosip dan kontroversi. 

“Bagi saya, untuk menjadi selebriti, saya kena bersedia dengan semua itu. Usah cepat melatah sebab depan televisyen (TV), orang tengok kita sebagai ‘role model’. 

“Jadi, saya akan sentiasa cuba lakukan yang terbaik. 

“Namun, cabaran paling besar sepanjang 17 tahun ini tentulah hadapi kekangan dan pandangan negatif sebagai selebriti dan menjadi insan positif sebaik mungkin,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *