December 18, 2024

Kehadiran penduduk tempatan di ceramah samada untuk kerusi parlimen Pulai atau Dun Simpang Jeram amat mengecewakan Muhyiddin. Menurut sumber bilik gerakan, Perikatan Nasional(PN) telah menurunkan hampir kesemua penceramah mereka termasuk ‘ustaz politik’ yang kalah di dalam kes memfitnah.

PN juga menurunkan wakil-wakil rakyat PAS dari Kelantan, Terengganu, Kedah, Kelantan dan Perlis semata-mata untuk meyakinkan penduduk dan pengundi Pulai bahawa jika memilih calon mereka maka rakyat akan hidup senang. Apa yang boleh dibuktikan oleh wakil rakyat dari negeri-negeri yang jauh lebih terkebelakang dari Johor?

Kelantan, dikuasai oleh PAS lebih dari 33 tahun, apa yang boleh dibanggakan? Terengganu dan Kedah juga menunjukkan prestasi yang buruk di bawah pemerintahan PAS. Perlis? Terlalu jauh jika ingin dibandingkan dengan Johor yang selama ini diperintah oleh kerajaan BN.

Oleh kerana tiada sambutan maka Muhyiddin terpaksa menggunakan cara ceramah kontroversi dan penceramah dari PAS pula semakin galak menggunakan ayat-ayat Allah dan hadis Nabi saw sebagai bahan kempen dengan tafsiran yang jauh tersasar dari maksud sebenar. Penceramah PAS menunggang Islam demi meraih undi.

Rakyat di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis dan masyarakat Melayu Islam tertipu dengan dakyah perjuangan kepentingan kelompok tertentu. Yang kaya dan mewah adalah YB-YB mereka serta anak pinaknya dan rakyat di negeri tersebut terpaksa keluar tinggalkan kampung halaman untuk mencari rezeki.

Mana janji menyediakan peluang pekerjaan untuk 20,000 anak muda di Terengganu sejak pilihanraya ke-14? Di Kelantan pula anak siapa yang mengisi jawatan kosong di pejabat-pejabat kerajaan? Di Kedah berapa ramai yang terpaksa berhijrah ke Pulau Pinang, Selangor, KL dan Johor demi sesuap nasi? Dan betulkah di Perlis kedudukan sumber kewangan negeri meruncing?

Mereka datang ke Johor menjual mimpi atau mengajar Bangsa Johor menunggang agama?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *