December 18, 2024

Kumpulan anti UMNO-BN koyak rabak apabila mahkamah membuat keputusan “melepaskan tanpa dibebaskan” terhadap kes yang melibatkan Presiden UMNO, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam.

Di pentas ceramah kempen pilihanraya parlimen Pulai dan Dun Simpang Jeram bergema syarahan sambil terpekik terlolong bagaikan kena histeria mereka menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan mahkamah tersebut.

Dari Ketua Pemuda Pas Malaysia, Ketua Pemuda Perikatan Nasional, penceramah ‘cap ayam’, pengulas politik pro Perikatan Nasional(PN) yang tiada sedikit pun kelulusan akademik termasuk lulusan perundangan bahkan yang kerjaya sebagai pengamal undang-undang pro PN, kesemuanya memainkan naratif yang sama bertujuan mengelirukan rakyat iaitu “kes sudah di penghujung”, “ada prima facie” dan keputusan dari Peguam Negera yang baharu.

Naratif jahat dan bertujuan mengelirukan bukan setakat untuk pengundi di parlimen Pulai dan Dun Simpang Jeram sahaja tetapi juga untuk rakyat Malaysia. Persepsi ditanam agar menampakkan bahawa kerajaan perpaduan mencampuri urusan badan kehakiman.

Ahli parlimen yang masih bergelut dengan kes ‘mencuri’ wang parti sendiri, Syed Saddiq juga turut sama cuba membina tafsiran yang salah tentang ‘normalisasi rasuah’. Syed Saddiq sepatutnya menghuraikan ‘normalisasi rasuah’ di dalam kes Muhyiddin-Janawibawa. Bagaimana ketika rakyat dikurung kerana perintah darurat sehinggakan rakyat terpaksa mengibar bendera putih kerana kebuluran, parti politik Muhyiddin mempunyai ratusan juta ringgit di dalam akaun mereka.

Bagi kumpulan ini, Muhyiddin yang ketika menjadi Perdana Menteri kelapan didakwa menggunakan kedudukan untuk suapan berjumlah RM232.5 juta daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta Datuk Azman Yusoff bagi BERSATU dilepas dan dibebaskan oleh mahkamah tinggi tidak pula dipertikaikan termasuk tiada seorang pun dari mereka yang ‘bersedih’. Walhal pihak pendakwaan segera memfailkan rayuan. Suci sangatkah Muhyiddin?

Muhyiddin turut berdepan dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM195 juta daripada Bukhary Equity yang dimasukkan dalam akaun CIMB Bank milik BERSATU. Kes ini pun tiada yang ingin ulas dari pihak anti UMNO-BN sedangkan keputusan mahkamah ini terlalu teknikal untuk difahami dan kenapa tiada di antara mereka ingin mengupas bagaimana Muhyiddin boleh dibebaskan dari pertuduhan tersebut sedangkan wang ratusan juta ada di dalam akaun parti yang berumur setahun jagung?

Kumpulan anti UMNO-BN ini cuba menutup fakta kes:-

  1. Hakim melihat tiada kesalahan terhadap Zahid di dalam semua 47 pertuduhan iaitu 12 pertuduhan pecah amanah jenayah(CBT), 8 pertuduhan rasuah dan 27 pengubahan wang haram.
  2. Urusan kewangan termasuk perbelanjaan dan sumber perolehan Yayasan Akal Budi adalah dari wang peribadi Zahid sendiri, pelaburan saham dan sumbangan pihak luar. Tidak ada bukti menunjukkan Zahid menggunakan duit rakyat atau duit kerajaan.
  3. Kesemua perbelanjaan termasuk membina masjid, surau, baiki pusat agama, membina maahad tahfiz, membina sekolah agama, membina rumah anak yatim, membantu fakir miskin dan seumpamanya telah dibuktikan semasa perbicaraan.
  4. Yayasan Akal Budi juga menyalurkan bantuan ke Yunan, China. Membina pusat agama di Perth, Australia dan Narathiwat serta di Cape Town di mana gereja ditukar menjadi pusat kominiti Islam.
  5. Mencetak Al-Quran di Cambodia, China, Korea dan banyak lagi.
  6. Membayar gaji pemain bolasepak dari pasukan PDRM yang tertunggak selama 4 bulan.
  7. Banglo yang dibeliakn adalah untuk kegunaan tahfiz dan pusat pembelajaran agama.
    Bagaimana kumpulan anti UMNO-BN dan Zahid memanipulasi kononnya Zahid bersalah sebelum perbicaraan semula sedangkan perbelanjaan yang dikatakan menggunakan kad kredit juga bukan Zahid yang melakukannya. Sebaliknya setiausaha eksekutifnya yang cuai dengan menggunakan tandatangan dari ‘rubber stamp’. Beliau mengaku di dalam mahkamah.

Kes ini dari awal adalah konspirasi jahat seperti yang dijelaskan oleh pasukan peguam Zahid tentang kronilogi Mahathir yang ketika itu sebagai Perdana Menteri ke-7 telah menekan Zahid untuk membubarkan UMNO. Akhirnya dalam masa yang singkat Zahid didakwa dan ketika itu Peguam Negara adalah Tommy Thomas.

Doktrin jahat ini tidak akan terhenti walau apa penjelasan dan dari siapa sekali pun kerana bagi kumpulan anti UMNO-BN dan Zahid ini, apabila menjadi kluster mahkamah maka perlu berakhir di penjara kecuali Muhyiddin, menantunya dan kepimpinan parti mereka.

Rakyat yang cerdik dan matang tidak akan mudah ditunggang oleh kumpulan penjual agama ini.

Dan apabila paku atau selumbar di buang di tapak kaki maka kita boleh berjalan dengan sempurna.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *