December 18, 2024

Muhyiddin Yassin mendakwa kepentingan orang Melayu ketika ini berada dalam keadaan yang sangat sukar tetapi ‘berbahaya’, dan kerana itu kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai pada 9 September depan, perlu disekat. Jika diamati apa yang beliau ucapkan di Ceramah Perdana di Taman Kempas pada Sabtu lalu, Muhyiddin telah menghantar isyarat jelas bahawa Perikatan Nasional bakal kalah di kerusi Parlimen Pulai dan Dun Simpang Jeram.

Muhyiddin terpaksa menggunakan ‘serangan gerila’ bagi menakutkan bangsa Melayu di dua kerusi tersebut. Muhyiddin cuba memanipulasi rakyat konon sekiranya kemenangan berpihak kepada calon PH, ia memberi kelebihan kepada kerajaan ketika ini untuk memiliki dua pertiga majoriti di Dewan Rakyat, yang membolehkan pindaan Perlembagaan dilakukan termasuk persempadanan kawasan pilihan raya.

Muhyiddin lupa apa yang beliau lakukan sehingga dirinya diheret ke mahkamah atas 3 dakwaan pengubahan wang haram(AMLA) yang melibatkan wang rakyat berjumlah ratusan juta ringgit. Ketika itu Muhyiddin memimpin ‘kerajaan tebuk atap’ dan tidak mempunyai 2/3 majoriti. Sehinggakan keputusan beliau berkait dengan darurat juga melanggari kuasa Yang diPertuan Agong.

Dana 1MDB yang dikembalikan juga turut dipersoalkan, kemana perginya wang tersebut? Malah kewujudan wang hampir RM500 juta di dalam akaun parti PPBM ketika negara sedang dilanda covid turut dipersoalkan.

Muhyiddin lupa bangsa Johor tidak bodoh. Di bawah adalah contoh pecahan kaum mengikut peratusan pengundi bagi kawasan parlimen Pulai adalah seperti berikut:
Melayu 46%
Cina 41%
India 12%
Lain-lain 1%

Jika teliti peratusan tersebut, perlukah dipecah sempadan demi untuk keuntungan politik. Pola penduduk di setiap negeri dan daerah tidak menunjukkan wujudnya percaturan politik. Bagaimana dengan Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu yang begitu jauh perbezaan angka kaum minoriti berbanding dengan bangsa Melayu?

Tidak perlu sokongan 2/3 majoriti di Dewan Rakyat untuk mencuri wang rakyat secara terancang. Apa Melayu dapat ketika zaman Muhyiddin menjadi PM dan zaman kumpulan Muhyiddin menjadi menteri di bawah Mahathir dan Ismail Sabri? Jawapannya, tidak ada.

Meluluskan pengeluaran KWSP bukan membantu rakyat kerana itu wang mereka sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *