October 18, 2024

Malam tadi di ceramah yang turut dihadiri oleh Mahathir, calon Pas bagi kerusi Dun Simpang Jeram dilihat tidak berani berjanji kepada warga Simpang Jeram selain berjanji membuka pejabat khidmat wakil rakyat dan menjadi pembangkang yang baik di sidang Dun kelak.

Beliau tidak berani berjanji untuk memberi sepenuh masanya kepada rakyat kerana masih sayang untuk tinggalkan kerjaya doktor di hospital swasta yang memberikannya gaji yang lumayan setiap bulan. Baginya rakyat bukannya perlu diberi perhatian sepanjang masa. Masa untuk rakyat hanya “on-call”, jika rakyat susah dan beliau hanya melawat apabila masa mengizinkan. Jika tidak maka rakyat perlu datang berjumpa dengan pekerjanya yang menunggu di pejabat wakil rakyat.

Sebelum ini pun beliau pernah bertanding dan kalah sehingga hilang wang deposit. Selepas kalah beliau tidak rugi apa pun kerana kekal bekerja di hospital swasta.

Bagi Pas, mereka hanya pentingkan jawatan wakil rakyat dan bukannya rakyat itu sendiri.

Retorik, itu sahaja yang mampu disimpulkan daripada apa yang PN perjuangkan di kedua kerusi yang dipertandingkan ini.

Bangsa Johor, Pas sendiri yang mengeluarkan dalil boleh bekerjasama dengan Dap dan kafir. Sekarang Pas juga yang mengeluarkan dalil menyanggah dalil mereka sendiri. Inilah tanda dan bukti jelas Pas PN adalah penunggang agama.

Selepas menang, minta rakyat sedekahkan peti sejuk untuk pejabat mereka pula?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *