December 18, 2024

Sejumlah RM40 juta nilai akaun individu dan syarikat dibeku berhubung siasatan pemberian rasuah oleh syarikat perjudian kepada beberapa orang kenamaan baru-baru ini.

Memetik laporan Utusan Malaysia, tindakan itu diambil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan tangkapan 13 individu termasuk Tan Sri dan Datuk Seri yang dijalankan sebelum ini.

Sehingga artikel ini ditulis belum ada pendedahan siapa dan dari parti politik mana yang terlibat menggunakan dana judi sejak PRU14.

Manakala di pilihanraya parlimen Pulai dan Dun Simpang Jeram, Johor. Nasib rakyat di dua kerusi tersebut diperjudikan.

Perikatan Nasional(PN) mempertaruhkan Zulkifli Jaafar sebagai calon kerusi parlimen dan berkempen seperti menjual mimpi dan berilusi, “Perancangan awal saya (jika diberikan mandat) ialah akan melahirkan banyak usahawan atau pusat-pusat perniagaan untuk Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

Bagaimana seorang ahli parlimen dari kerusi pembangkang ingin menjaya dan merealisasikan janji seperti yang tersebut sedangkan ada menteri dan kementerian yang sedang rancak melaksanakan program mengupayakan ekonomi domestik termasuk membantu usahawan kecil dan sederhana?

Malah rangka ekonomi domestik yang paling utama adalah menaikkan taraf ekonomi rakyat yang merupakan nadi kepada pengembangan aliran ekonomi. Jika banyak pusat perniagaan dibuka tanpa poket rakyat tidak diutamakan maka risiko yang menanti adalah penutupan perniagaan.

Meraih undi hanya dengan menjual mimpi adalah umpama menjadikan rakyat sebagai taruhan perjudian. Apabila menang, mereka hanya sibuk berpolitik dan bukannya mengotakan janji. Rakyat tertipu dan perlu tunggu 5 tahun lagi.

Bangsa Johor, anda bangsa yang bijaksana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *