December 18, 2024

Bagaimana kumpulan anti Zahid di dalam UMNO membina naratif bencikan Presiden UMNO:-

  1. Bergabung secara sulit dengan kumpulan Muhyiddin termasuk kumpulan bekas pemimpin UMNO yang dipecat kerana mensabotaj UMNL BN di pilihanraya umum ke-15.
  2. Naratif “ Kerajaan Pusat akan bertukar” dan “Pecat Zahid” mula dimainkan seawal kempen pilihanraya negeri kononnya jika 6 negeri Perikatan Nasional menang maka kerajaan Madani akan goyah kerana ramai ahli parlimen UMNO-BN akan keluar dan tidak menyokong kerajaan Madani lagi.
  3. Selepas keputusan pilihanraya negeri dengan status quo 3-3 maka kumpulan ini mula mendoktrin dan menghasut pemimpin dan ahli UMNO. Malangnya ada yang termakan hasutan dan jerat dari kumpulan yang bermodal besar ini.

Kenapa kumpulan anti Zahid tersangat marah?

  1. Cita-cita mereka untuk meletakkan UMNO BN di bawah telunjuk Muhyiddin terhalang sejak Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri.
  2. Zahid berjaya menyakinkan majoriti ahli UMNO dari terus terpedaya dengan “game” kumpulan broker politik berhaluan Muhyiddin-Mael.

Jangan ingat Ismail Sabri, KJ, Annuar Musa, Noh Omar berdiam diri, mereka sentiasa tunduk kepaa Muhyiddin. Siapa lagi yang ada duit berpuluh atau mungkin ratusan juta ringgit di dalan bilik tidur jika bukan Muhyiddin dan ini adalah pengakuan jujur Annuar Musa.

Sekarang beberapa orang pemimpin UMNO terperangkap dengan doktrin dan naratif yang di bawa oleh kumpulan Muhyiddin-Mael.

Anda lihat Mael ke Pulau Perhatian dengan ketawa besar? Besut kalah teruk!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *