December 18, 2024


Rupanya gerakan “Preboh Nik Amar” (Jatuhkan Nik Amar) datang dari kumpulan kepimpinan Pas Kelantan yang merancang untuk jatuhkan Nik Amar sebagai TMB.

Gerakan tersebut dibuat seolah datang dari anak Kelantan yang berada di luar. Strategi kerahan besar-besaran supaya pulang kampung dan mengundi Pas dan bukannya BN-PH.

Lakonan Takiyuddin menjadi dan perantau pulang. Takiyuddin cepat-cepat mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa Menteri Besar dan Timbalannya akan digantikan jika Pas menang di Kelantan. Perantau sudah pulang, mereka tiada pilihan kekal mengundi Pas.

Anda boleh lihat semalam di hiway Karak bagaimana ribuan motorsikal pulang semula ke ‘destinasi cari makan’ setelah mereka pulang mengundi.

Hebat Pas, strategi menipu menjadi dan kambing hitam yang sepatut disembelih pun menang besar juga cuma tiada lagi jawatannya sebagai Timbalan Menteri Besar.

Jika tidak dibuat begini, Pas Kelantan akan kalah teruk.

Menipu satu ibadah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *