September 19, 2024

Setakat 10 pagi, kira-kira 20% pengundi berdaftar keluar mengundi, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ini bermakna, hampir 1.95 juta undi sudah dibuang dengan pengundian akan berakhir pada 6 petang ini.

Keseluruhannya, 9,773,571 pengundi berdaftar layak memilih pada PRN Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, dan Terengganu .

Setakat ini, Kedah dan Pulau Pinang merekodkan 20%, Terengganu (22%), Selangor (19%), Negeri Sembilan (18%), dan Kelantan (17%). Dalam pada itu PRK Kuala Terengganu merekodkan 19% keluar mengundi.

Enam kerajaan negeri itu sebelum ini memutuskan tidak mengadakan pilihan raya serentak pada PRU15, yang diadakan pada November tahun lalu.

Daripada jumlah berkenaan, 97,388 merupakan pengundi awal terdiri daripada pegawai dan anggota polis, tentera dan pasangan.

Seramai 570 calon, termasuk sembilan parti dan 41 calon bebas bertanding pada PRN kali ini merebut 245 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *