September 19, 2024

Rakyat Terengganu sudah nekad membuat keputusan termasuk kali ini di pilihanraya negeri.

Kalau pada pilihanraya umum ke-15 yang lalu, rakyat hanya memilih Pas sebagai penjaga kehidupan mereka dan kali ini sekali lagi rakyat Terengganu memuktamadkan untuk tidak bergantung sedikit pun kepada parti daripada Kerajaan Perpaduan.

Keputusan 33-0 menunjukkan rakyat Terengganu bersedia untuk tidak bergantung kepada bantuan kerajaan pusat termasuk wang ehsan.

Rakyat Terengganu juga bersedia dengan menerima sepenuhnya 10 sahaja tawaran Pas jika menang pilihanraya negeri.

Tiada rumah murah, tiada rumah percuma, tiada tanah lot percuma, tiada dana untuk pelajar sekolah dari peringkat rendah, menengah dan universiti.

Banyak lagi termasuk dana kepada warga mas dan golongan belia kecuali untuk sektor ‘e-hailing’ bermotorsikal boleh membuat pinjaman khas dengan kerajaan.

5 tahun yang lalu banyak tanah milik kerajaan sudah dijual dengan harga murah tanpa disiasat maka bayangkan 5 tahun mendatang.

Anggaran keuntungan entiti Pas perolehi jika tanah yang diperolehi dengan harga yang amat murah itu dijual maka entiti Pas mampu perolehi paling kurang RM60 juta.

Rakyat hilang hak RM60 juta, Pas sudah ada modal RM60 juta.

Tiada pembangkang di dalam sidang Dun maka Kerajaan Pas mempunyai peluang untuk cuai mentadbir.

Paling menarik, Pas menang semua kerusi parlimen dan Dun maka inilah peluang besar Pas untuk laksanakan Hukum Hudud di Terengganu sebagaimana Acheh laksanakan walaupun di Acheh bukanlah Hudud sepenuhnya kerana hukuman rejam sampai mati dan potong tangan tidak dilaksanakan seperti di Arab Saudi.

Kes pertama boleh di bicarakan ialah hubungan zina yang didakwa oleh wanita isteri orang bernama Ezza Suria dengan YB Pas Kemasik Saiful Azmi.

Rakyat Terengganu sudah bersedia menerima apa sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *