September 19, 2024

Kumpulan Hijjaz turun padang membantu kempen Rafiq di Kuang.

Oleh LILY JASMINE

Jentera pilihan raya Perikatan Nasional (PN) terdesak menggunakan selebriti untuk membantu kempen calon PN DUN N.13 Kuang, Mohd Rafiq Abdullah beberapa jam sebelum kempen tamat menjelang tengah malam ini.

Antara selebriti yang dipanggil membantu kempen beliau ialah kumpulan Hijjaz yang menyampaikan dua lagu pada program Kuang Berselawat & Munajat Untuk Umat di Kampung Setia, Kuang, bermula pukul 8.00 malam tadi.

Kumpulan Hijjaz yang terdiri daripada empat anggota sempat meminta orang ramai memberi undi kepada Rafiq esok.

Nampaknya, Rafiq seperti sudah tahu nasibnya esok sehingga menggunakan khidmat selebriti termasuk Man Raja Lawak.

Mungkin merasakan dirinya ketinggalan dalam perang kempen PRN Selangor maka beliau menggunakan taktik pancing undi seperti ini?

Hanya beliau ada jawapannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *