December 18, 2024

5 tahun lepas di Terengganu kesimpulannya rakyat terabai. Janji Pas untuk memberi tanah lot sebidang seorang kepada seluruh rakyat akhirnya menjadi tanah strategik yang mahal harganya menjadi milik entiti parti Pas. Nilai hartanah lebih daripada RM50 juta dan Pas hanya perlu bayar tidak sampai pun 2% dari nilai tersebut.

Ahli Pas terpilih mendapat tanah percuma dan antaranya tanah rezab untuk masjid dibahagi-bahagikan dan lot dari rezab kubur juga diambil dan dibahagikan sesama mereka.

20k buah rumah dijanjikan tapi hanya buat 200 buah sahaja

20,000 peluang pekerjaan, bukan di Terengganu rupanya tetapi di perniagaan ikut kepala dan dihantar ke kilang-kilang di KL, Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Johor dan Singapura.

Sepanjang 5 tahun, pelajar sekolah rendah, menengah dan universiti dipotong peruntukan dan ada yang dimansuhkan.

Bantuan untuk belia dan warga mas turut dipotong dan dimansuhkan.

Elaun imam, bilal dan guru quran lambat dibayar. Dana raya juga tertangguh dan bantuan banjir terpaksa tunggu dari kerajaan pusat. MB Pas pula ketika banjir bercuti bersama keluarga di luar negara.

Adik saya keciciran tidak dapat sambung belajar di Universiti, perniagaan ayah di tepi jalan terpaksa tutup kerana bantuan untuk peniaga kecil telah dimansuhkan Pas Terengganu. Mak lurutkan rantai dan gelang emas untuk teruskan hidup kami sekeluarga.

Pilihan kami salah dan kami seperti keluarga yang lain di sini. Kami jaga kami, rakyat jaga rakyat dan bukan kerajaan jaga rakyat.

Saya yakin keluarga yang anda tinggalkan juga hidup dengan keperitan di sini.

Saya pulang untuk ubah kerajaan ini bagi 5 tahun ke hadapan yang amat penting. Baru ni saya silap pilih, maafkan saya mak, ayah dan adik.

Undi untuk kita dan keluarga supaya terjaga dan bukan kehidupan YB2 dan keluarga mereka terjaga

50 tawaran BN menyeluruh,
10 sahaja Pas tawarkan, itu pun tawaran besar adalah untuk kroni dan bukan untuk rakyat.

Saiful Arifin
Wakaf Mempelam

Nota: Keluarga kami tidak mendapat tanah dan rumah seperti dijanjikan. Untuk 5 tahun akan datang Pas tidak lagi berjanji apa-apa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *