September 19, 2024

SELANGOR NEGERI PENYAYANG YANG MEMBELA KEPENTINGAN RAKYAT

Oleh RAJMAH HASAN

Dalam mengejar kemajuan, Kerajaan Perpaduan komited memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat Selangor diutamakan.

Hal itu bukan sekadar omongan kosong. Ini dapat dilihat menerusi Tawaran Kita Selangor yang diinisiatifkan kerajaan gabungan BN-PH seperti terkandung dalam Tawaran Kita Selangor – 5 Tekad Untuk 5 Tahun.

Berikut 12 inisiatif yang ditawarkan menerusi Tekad Kelima – Selangor Negeri Penyayang Yang Membela Kepentingan Rakyat:

▪️Mengembangkan 46 program Iltizam Selangor Penyayang kepada sasaran 60 program dan meningkatkan usaha pemberdayaan rakyat.

▪️Mendaftar dan melatih pengasuh kanak-kanak dan menyediakan fasiliti penjagaan kanak-kanak di pejabat kerajaan negeri serta pihak berkuasa tempatan (PBT).

▪️Mewujudkan Insentif Wanita Kita Selangor dengan jumlah RM1,000 setahun kepada wanita bekerja bagi mengurangkan kos pengasuhan kanak-kanak.

▪️Meluaskan Program Saringan Selangor dan Program Kesihatan Mental secara percuma melalui aplikasi SeLangkah.

▪️Mewujudkan Selangor yang lebih selamat untuk wanita dan kanak-kanak dengan meningkatkan penggunaan teknologi cctv di kawasan awam.

▪️Memberikan Insentif Pertanian Kita Selangor RM1,000 kepada petani dan pesawah termasuk benih, baja dan racun serangga lebih berkualiti bagi meningkatkan hasil penuaian.

▪️Mengambil alih pengurusan satu pangsapuri kos rendah di setiap daerah untuk memperbaiki kualiti dan fasiliti kemudahan awam.

▪️Menawarkan opsyen penukaran cukai petak dan utiliti air daripada kadar komersial kepada kadar kediaman bagi pemilikan rumah pertama.

▪️Menyediakan perkhidmatan Ambulans Selangor Penyayang percuma di setiap PBT.

▪️Pemberian Baucar Buku Kita Selangor berjumlah RM200 kepada mahasiswa anak Selangor di IPT dan IPTA.

▪️Memperluaskan Program Roda Darul Ehsan (RIDE) kepada pemandu e-hailing.

▪️Meningkatkan bayaran khairat kematian RM1,000 kepada semua.

PRN15 #PRNSelangor #Kuang #N13 #TetapSayang #HRM #Perpaduanready #kitaselangor #DemiKestabilan #DemiKemakmuran #Hasnal #HasnalKuang #CalonNo1 #HasnalSatu #HRM1 #SuaraKuang #KuangKuSayang

BandarTasikPuteri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *