December 18, 2024

Oleh Fatima

KERJA Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim hanya menghasut dan mengelirukan rakyat. Baru-baru ini beliau membuat kenyataan kononnya UMNO bukan lagi parti keramat sekiranya memilih untuk terus bersama dengan Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya akan datang.

Bagi menguatkan lagi hasutan tersebut, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis itu berkata, UMNO juga kini bukan lagi menjadi parti utama sebaliknya berada pada kedudukan kedua atau ketiga dalam kalangan gabungan kerajaan perpaduan Barisan Nasional (BN)-PH.

Pada 23 November 2022, setelah keputusan Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) gagal memberi mandat kepada mana-mana pihak untuk membentuk kerajaan, maka Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semua 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mengambil bahagian dalam kerajaan perpaduan.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama dua pemimpin tertinggi gabungan berkenaan menerima titah demikian semasa menghadap Al-Sultan Abdullah di Istana Negara ketika itu.

Adakah Shahidan Kassim buat-buat lupa mengenai titah YDPA ini? Atau Shahidan cuba menghasut rakyat derhaka kepada titah YDPA agar BN bergabung dengan PH untuk membentuk kerajaan ketika status Malaysia tergantung selama beberapa hari?

Sebenarnya kenyataan Shahidan memakan diri beliau dan Perikatan Nasional (PN) yang cuba menggunakan isu gabungan ini sebagai modal hasutan.

Dendam Shahidan terhadap UMNO dan Zahid Hamidi dilihat semakin meluap-luap. Namun beliau sepatutnya berpada-pada dalam mengeluarkan kenyataan. Apabila ianya jatuh dalam kategori menghasut agar menderhaka kepada YDPA maka tindakan boleh diambil terhadap beliau.

Shahidan yang bertindak bertanding mewakili parti lawan dan menjadi calon Bebas pada PRU15, digugurkan keahliannya daripada UMNO. Namun beliau dilihat tidak berpuas hati dengan hukuman atas kesalahan nyata beliau tersebut. Oleh itu, Shahidan akan berkata apa sahaja selagi ianya boleh merosakkan nama UMNO dan Barisan Nasional. Muhasabah lah diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *