September 19, 2024

PROGRAM walkabout Datuk Hasnal Rezua Merican bukan setakat memperkenalkan diri sebagai Calon No 1 DUN N.13 Kuang, sebaliknya turut memberi peluang kepada orang ramai untuk memaklumkan masalah rakyat yang dihadapi kepadanya.

Oleh ROHANA MAN

KITA mesti menang. Berbaki sehari lagi sebelum pintu kempen ditutup rapat pada tengah malam esok, enjin jentera pilihan raya BN-PH terus rancak berkumandang demi memastikan calon DUN N.13 Kuang, Datuk Hasnal Rezua Merican menang majoriti bergaya.

Kerja keras yang ditonjolkan bukan setakat akar umbi melibatkan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Selayang, malah penulis terkesima melihat kehadiran pemimpin negara dan tertinggi parti yang tidak putus-putus turun padang menyokong Calon No 1 dari Barisan Nasional (BN) itu.

Seawal tarikh 29 Julai lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil sempat singgah di pusat penamaan calon di Bangunan Majlis Perbandaran Selayang untuk memberi sokongan padu kepada beliau.

Sehari selepas itu, Fahmi singgah untuk solat di Masjid Nurul Yaqin, Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang, sekali gus menyemarakkan sokongan terhadap Hasnal Rezua.

Berikut catatan kehadiran pemimpin pusat dan parti bagi melahirkan sokongan, sekali gus menarik tumpuan pengundi Kuang untuk memilih Hasnal Rezua sebagai wakil rakyat mereka.

3 Ogos 2023:

  • Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki hadir program Santai Bersama Asyraf Wajdi di Kampung Setia pukul 2 petang.
  • Timbalan Perdana Menteri 1, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hadir Majlis Ceramah dan Ramah Mesra Bersama TPM 1 di khemah Bilik Gerakan BN Bandar Tasik Puteri pukul 8.30 malam.

5 Ogos 2023:

  • Ahli Parlimen Kinabatangan merangkap Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Panglima Bung Mokthar Radin hadir Program Ceramah Mega BN-PH di Bilik Gerakan PDM Kampung Kuang, pukul 8.30 malam.

6 Ogos 2023:

  • Menteri Besar Selangor Ke-11, Tan Sri Muhammad Muhd Taib hadir Program GAVEMS Bersama beliau di Command Centre DUN N.13 Kuang pukul 8.30 malam.

7 Ogos 2023:

  • Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz hadir mengiringi Hasnal Rezua pada Program Walkabout Pasar Malam di Medan Puteri BTP pukul 5 petang.
  • Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong hadir Sesi Ceramah & Teh Tarik di Kampung Baru Kundang, pukul 8.15 malam.

9 Ogos 2023:

  • Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan menjayakan Program Ceramah & Ramah Mesra Pengundi Kuang di Bro Misai Food Court, Kuang pukul 8.30 malam.

10 Ogos 2023 :

  • Timbalan Perdana Menteri 11, Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi meluangkan masa memenuhi undangan Program Sembang Santai di Command Center DUN N.13 Kuang pukul 10 malam.

Setakat malam ini, seramai 10 pemimpin negara turun padang ke DUN N.13 Kuang bagi membantu jentera BN-PH menghadapi PRN Selangor.

Mereka ialah Perdana Menteri, dua Timbalan Perdana Menteri, tiga Menteri, masing-masing seorang Setiausaha Agung, Ahli Parlimen, bekas Menteri Besar dan Presiden Parti.

Keberadaan kesemua pemimpin tersebut bersebab iaitu BN-PH mesti menang, sedangkan beberapa kawasan dalam DUN N.13 Kuang masih dikategorikan kelabu.

Justeru, kehadiran ramai pemimpin berkenaan mampu memberi sinar dalam menaikkan semangat jentera BN-PH untuk melipatgandakan usaha dan bekerja keras sepanjang tempoh kempen yang hanya berbaki sehingga malam esok.

PRN15 #PRNSelangor #Kuang #N13 #TetapSayang #HRM #Perpaduanready #kitaselangor #DemiKestabilan #DemiKemakmuran #Hasnal #HasnalKuang #CalonNo1 #HasnalSatu #HRM1 #SuaraKuang #KuangKuSayang #BandarTasikPuteri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *