December 18, 2024

Sallehudin Amiruddin calon ADUN N.13 Kuang yang diramal tewas dan hilang deposit.

Oleh Lea Azalea

Calon bebas, Sallehudin Amiruddin dijangka tewas dan hilang deposit dalam persaingan tiga penjuru merebut kerusi DUN N.13 Kuang. Dua calon lain ialah Datuk Hasnal Rezua Merican dari BN dan Mohd. Rafiq (PN).

Ramalan itu berdasarkan suhu kempen di Kuang menyaksikan hanya kempen Hasnal Rezua dan Rafiq meriah dengan ‘perang’ bendera.

Sallehudin pula dilihat bersikap relaks dan katanya, kewibawaannya sebagai bekas ADUN Kuang untuk penggal 2018 hingga 2023 (bubar DUN) sudah memadai.

Justeru, tidak perlu berlebihan untuk memperkenalkan diri sepertimana Hasnal Rezua dan Rafiq.

Dalam petikan wawancara bersama Malaysia Hot kelmarin, beliau akui:”Sebagai calon bebas yang juga bekas wakil rakyat Kuang, saya tak nampak keperluan untuk spend banyak duit. Walaupun saya calon underdog dan tak popular dalam kempen PN kali ini, saya tak risau kerana penduduk Kuang tahu cara kerja saya, selain saya ada hubungan baik dengan semua orang”.

Sallehudin begitu yakin warga Kuang masih perlukan khidmatnya, sedangkan dalam tinjauan rata-rata penduduk terutama kaum Cina lebih mengenali Datuk Abdul Shukur Idrus, mantan ADUN Kuang bagi penggal 2008-2018.

Perkara itu didedahkan pada sesi Ceramah & Teh Tarik anjuran MCA Bahagian Selayang yang turut dihadiri Presiden MCA, Wee Ka Siong dan barisan pimpinan MCA Kampung Baru Kundang, baru-baru ini.

Agak pelik apabila pihak atasan persatuan Cina yang aktif politik di kawasan itu tidak mengenali Sallehudin ketika didatangi bekas wakil rakyat Kuang untuk bersalaman di gerai sebelum ini.

Perkongsian itu sekali gus bercanggah dengan dakwaan Sallehudin bahawa beliau adalah wakil rakyat yang dikenali dan diterima penduduk pelbagai kaum.

Dalam tinjauan minggu awal selepas penamaan calon pada 29 Julai lalu, rata-rata penduduk mula mengenali Hasnal Rezua dan Rafiq, hasil giat turun padang menyantuni penduduk menerusi program ziarah kasih, walkabout dan ceramah.

Kedua-dua calon terutama Rafiq dilihat paling banyak mengeluarkan ‘senjata’ iaitu bendera parti, billboard poster, risalah dan sebagainya untuk branding dan mempromosi diri dalam kempen PRN15.

Sebaliknya ,Sallehudin langsung tidak tergugat dengan perang poster itu kerana beranggapan ia membazir.

Baginya sebagai calon bebas, bukan keperluan untuk beliau perkenal diri dengan cara itu.

Tidak seperti dua calon lawan, kempen beliau lebih kepada perjumpaan kecil bersasar seperti rakan, golongan profesional, ketua kampung dan masyarakat serta golongan muda dan penduduk kampung.

Malah Sallehudin juga tidak mengeluarkan peruntukan besar untuk gerakan kempen PRN-nya.

Seperti didedahkan
beliau: “Tak sampai RM20,000 belanja untuk kempen termasuk 100 billboard poster sepanjang 14 hari ini”.

Dari satu segi, beliau dilihat berhemat dalam berbelanja, dan itu perkara bagus. Namun beliau akui perang poster menyumbang kepada branding seseorang calon.

Begitupun beliau yakin masih boleh memberi saingan sengit kepada Hasnal Rezua dan Rafiq yang dianggap muka baharu bertanding kerusi DUN N.13 Kuang itu.

Malah Sallehudin mendakwa feedback penduduk setempat mengatakan rating kejayaan beliau mencapai 80 peratus dalam menyelesaikan masalah penduduk di Kuang.

Jika benar dakwaannya itu, masakan dalam tinjauan penduduk di beberapa kampung menolak beliau menjadi wakil rakyat Kuang lagi.

Kalangan yang menolak mendakwa Sallehudin wakil rakyat yang memilih ‘bulu’ apabila mengutamakan kroninya dalam menyelesaikan masalah membabitkan perparitan, banjir dan lot lidi.

Mereka juga menganggap Sallehudin orang luar yang sebelum ini ‘dipayungterjunkan’ dari Sabak Bernam untuk bertanding kerusi DUN N.13 Kuang pada PRU15.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *