December 18, 2024

Oleh Fatima

MENYESAL dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya. Rata-rata rakyat Malaysia menyesal atas apa yang berlaku ketika Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14). Mereka menumbangkan kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak yang cemerlang mengatur ekonomi negara sehingga muncul antara negara terbaik pertumbuhan ekonomi di rantau Asia.

Ekonomi negara merudum dengan sangat teruk. Pemimpin selepas Datuk Seri Najib seperti Muhyiddin, Ismail Sabri dan lain-lain menyalahkan Covid 19 sedangkan seluruh dunia dilanda pandemik tersebut namun mereka bangun mentadbir ekonomi negara dan berjaya mengatasinya.

Hakikatnya, bukan semua pemimpin mampu jadi Perdana Menteri yang cemerlang.

Tambah menyedihkan apabila Muhyiddin Yassin bersama gabungan Perikatan Nasional (PN) sekali lagi mahu merosakkan ekonomi negara yang sedang merangkak untuk pulih dengan menghasut pengundi di enam buang negeri yang sedang menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).

Beliau cuba menghasut pengundi agar memilih kerajaan negeri yang lemah dan tidak berwibawa seperti PN semata-mata mahu menghantar isyarat kepada kerajaan Persekutuan bahawa mereka menolak kerajaan tersebut.

Tindakan tersebut dilihat sebagai sangat tidak bertanggungjawab.

Pemimpin seperti Muhyiddin dan pemimpin PAS sibuk berpolitik sehingga mengabaikan kepentingan rakyat. Pemilihan kerajaan negeri bukan perkara yang boleh dibuat sebagai mainan. Perkara ini melibatkan kepentingan rakyat.

Apa yang pemimpin PN lakukan hanya lah cetuskan kontroversi berpanjangan tanpa mempedulikan nasib rakyat.

Kelakuan Bekas Menteri Besar Kedah Sanusi Nor ibarat bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang sering mencetuskan kontroversi tidak memanfaatkan rakyat. Pengarah pilihan raya PN itu ibarat “salin dan tampal” sifat Trump, dengan daya tarikan mulut celuparnya digunakan untuk menabur fitnah dikitar semula seperti dalam isu pembangunan Sungai Klang bagi mengalihkan kontroversi dakwaan kecurian unsur nadir bumi (REE) di Kedah.

Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin PN yang lain. Mereka tidak habis-habis terlibat dalam bermacam-macam skandal. Pemimpin PN dilihat cuba membangkitkan tentang orang negeri asal, masyarakat jati serta luar, melanggar norma dan penghormatan kita kepada institusi raja..

Gerak kerja Sanusi dan pemimpin PN yang lain tidak membawa manfaat kepada rakyat dan mungkin menjadi penghalang kepada ekonomi di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan seperti kenyataan penganalisis ekonomi Geoffrey Williams kepada pada 31 Julai.

Oleh itu, tolak PN, tolak parti Muhyiddin dan gabungan mereka bagi memberi ruang kerajaan persekutuan yang sedang bekerja keras memperbetulkan serta memulihkan ekonomi negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *