November 17, 2024

Oleh Fatima

BUKAN lagi rahsia Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) tidak pernah berjiwa UMNO sejak dahulu hingga sekarang. Tindak tanduk serta kata-kata beliau seringkali menguris hati ahli-ahli UMNO.

Ironinya beliau masih menganggap diri akan terlepas dari “salahlaku” tersebut selagi beliau “spin” fakta dan penyokong tegar beliau masih percaya alasan-alasan yang tidak berasas itu. Namun bagi ahli UMNO yang setia pada parti, tindakan KJ itu seolah-olah memandang remeh tahap “I.Q” kita dengan membuat andaian semua ahli UMNO mudah untuk KJ “perbodohkan”.

Bekas Ketua Pemuda UMNO itu telah turun padang menyokong kempen calon Perikatan Nasional (PN) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram, Datuk Harisson Hassan di sekitar Puncak Alam baru-baru ini.

Dalam satu video yang tular di TikTok, KJ berkata beliau turun berkempen kerana berpendapat Harisson boleh menjadi wakil rakyat yang baik.

Tiba-tiba KJ tanpa rasa malu menegaskan kononnya kehadiran beliau pada kempen calon PN, Harisson Hassan itu, bukan bertujuan untuk memilih parti.

Menerusi siaran secara langsung podcast ‘Keluar Sekejap’ yang dikendalikannya bersama bekas Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan, cuba memperbodohkan ahli UMNO kononnya kehadiran beliau pada kempen itu adalah sekadar untuk membantu calon.

Budaya yang dibawa KJ sebenarnya tidak sesuai dalam semangat setia pada parti. Setia itu seolah-olah tidak wujud dalam kamus hidup KJ. Mungkin KJ lebih sesuai bernaung di bawah parti bebas yang lebih mirip dengan prinsip hidup beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *