December 18, 2024

Penyokong tegar dan ahli Pas seluruh Malaysia tertipu apabila Presiden Pas, Hadi Awang membuat kenyataan bahawa kesemua calon Pas untuk pilihanraya negeri telah melepasi tapisan yang ketat.

Mursyidul Am, Datuk Hasyim Jasin juga dengan bangga mengeluarkan kenyataan yang sama.

Rupanya apabila ada ahli Pas yang juga isteri kepada Adun Pas ketika itu ingin membuat aduan kepada Hadi, beliau menolak mentah-mentah.

Aduan yang melibatkan maruah parti Pas kerana isteri kepada YB Saiful Azmi Adun Kemasik iaitu Ezza Suria merasakan bahawa Saiful tidak layak untuk menjadi calon pada pilihanraya negeri kali ini kerana :-

  1. Saiful terlibat melakukan jenayah tuntutan palsu di dalam program Penjana.
  2. Saiful menggunakan nama-nama peserta Penjana tanpa pengetahuan tuan punya badan.
  3. Saiful menipu Penjana dengan menggunakan nama OKU dan ibu tunggal sebagai pekerja di syarikat adiknya
  4. Saiful menggunakan syarikat adiknya yang tidak aktif sebagai alat untuk menipu Penjana
  5. Saiful menodai Ezza ketika masih bergelar isteri orang
  6. Saiful memujuk Ezza memohon cerai dari suaminya
  7. Saiful berzina di beberapa hotel termasuk di Cherating, Kuantan dan KL.
  8. Saiful bernikah di Golok Thailand tanpa kebenaran ketika beliau masih bergelar Adun
  9. Saiful tidak mendaftarkan perkahwinannya di Malaysia
  10. Saiful berpoligami tanpa izin isteri pertama
  11. Saiful meninggalkan dan mengabaikan isteri keduanya tanpa nafkah zahir dan batin lebih dari 8 bulan.
  12. Saiful menceraikan isterinya Ezza tanpa pengetahuan Ezza dengan talaq 3 dan saksinya diragui.

Kesilapan Hadi dan pemimpin Pas:-

  1. Ezza mengadu masalahnya kepada ahli parlimen Pas Kemaman, Haji Alias tetapi tidak diendahkan.
  2. Ezza mengadu kepada adun Pas, Hj Hanafiah tetapi tidak diendahkan.
  3. Ezza membuat surat akuan bersumpah dengan pengakuan yang terperinci untuk diberikan kepada Hadi Awang tetapi tidak diendahkan.
  4. Ezza membuat rakaman suara sumpah laknat beliau untuk Hadi Awang tetapi tidak diendahkan
  5. Anak Hadi Awang, Khalil yang ketika itu adalah Adun Pas mengetahui surat akuan bersumpah dan rakaman sumpah laknat namun tidak mengendahkannya.

Wanita isteri kepada pemimpin Pas ini dibuat seperti bola dan begitu hina seperti tiada harga langsung. Martabat wanita bagi Pas seperti sampah.

Terkini, semalam terdedah lagi rahsia betapa anihnya Saiful seolah lelaki kemaruk seks. Seorang wanita dari Bangi Selangor tampil mengaku beliau adalah isteri Saiful yang dinikahi pada tahun 2019. Mereka bernikah dengan jurunikah wak indon di sebuah rumah dan tiada sijil nikah sehingga hari ini.

Menurut wanita bernama Shima, beliau juga meragui adakah beliau isteri kedua atau ketiga Saiful. Beliau terpanggil untuk membuat pendedahan ini kerana terbaca kisah penganiyaan Saiful terhadap Ezza.

Shima mengatakan Saiful akan marah jika beliau bertanya mengenai status perkahwinan mereka dan Saiful mengugut akan tertalaq dengan talaq satu jika bertanya lagi.

Shima juga mendakwa Saiful mungkin ada lagi isteri lain di Pahang dan yang terbaharu ada di Kerteh.

Adakah kerana Saiful pandai mencari duit tabung pilihanraya untuk Pas Malaysia maka Hadi tidak peduli dengan apa yang telah dilakukan oleh Saiful?

Bagaimana dengan calon Pas di seluruh Malaysia? Adakah kesemua calon yang dipilih wajib pandai cari duit sebagai kriteria utama dan bukan calon yang betul-betul bersih?

Pas wajib diperbaiki, sudah rosak teruk. Jika pemimpin Pas salah maka mereka akan cari jalan menyalahkan orang lain.

Contoh mudah, Saiful berzina dengan wanita yang bergelar isteri orang tetapi yang salah wanita tersebut dan Saiful kekal suci.

Cara nak perbaiki Pas hanya satu, kalahkan Pas supaya pemimpin Pas sedar mereka melebihi kezaliman manusia bernama Firaun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *