November 18, 2024

Insentif haji Muassasah Selangor antara ditawarkan dalam 5 Tekad untuk 5 Tahun Gemilang Selangor. - Foto Hiasan.

Oleh RAJMAH HASAN

Lima tekad dengan 52 tawaran untuk lima tahun yang ditawarkan Kerajaan Perpaduan Selangor bukan janji populis atau tawaran yang tidak boleh dilakukan.

Agama sebagai cahaya dan inspirasi kehidupan bermaruah di Selangor, antara lima tawaran yang diangkat sebagai tekad kedua terpenting.

Sembilan perkara ditawarkan
gabungan BN – PH menerusi Tekad Kedua itu ialah:

▪️Subsidi tambang dan kos mengerjakan haji berjumlah RM2,000 kepada 3,000 jemaah Muassasah kali pertama untuk menyempurnakan perjalanan ke Baitullah.

▪️Mewujudkan Biasiswa Al Ghazali bagi pelajar tahfiz dan sekolah pondok dan sekolah agama rakyat supaya dapat melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah

▪️Memudah cara pendaftaran sekolah-sekolah menengah agama Islam supaya menjadi lebih selamat dan kondusif untuk pelajar.

▪️Mewujudkan peruntukan dan sumbangan khas sekolah agama dan KAFA supaya kualiti insfrastruktur dapat dipertingkatkan.

▪️Menaikkan elaun imam, bilal, siak, nazir secara berperingkat

  • Elaun imam akan dinaikkan ke RM1,600
  • Elaun bilal akan dinaikkan ke RM700
  • Elaun siak akan dinaikkan ke RM500
  • Elaun nazir akan dinaikkan ke RM500.

▪️Mewujudkan sekretariat khas bagi menyelia dan membantu usahawan IKS bagi pendaftaran sijil halal.

▪️Meluaskan kelas-kelas dan syarahan pengajian kitab Turath di setiap daerah di Selangor.

▪️Meningkatkan Dana Guaman Syariah untuk membantu golongan wanita yang memerlukan dengan dana tambahan RM3 juta.

▪️Meningkatkan peruntukan bagi komuniti Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao agar tahap infrastruktur rumah ibadat dapat dipertingkatkan.

PRN15 #PRNSelangor #Kuang #N13 #TetapSayang #HRM #Perpaduanready #kitaselangor #DemiKestabilan #DemiKemakmuran #Hasnal #HasnalKuang #CalonNo1 #HasnalSatu #HRM1 #SuaraKuang #KuangKuSayang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *