December 18, 2024

Moderator rancangan X klusif Bersama Syahril - Edisi Khas PRN, Syahril A. Kadir (kanan) sedang menemubual Datuk Hasnal Rezua Merican.

Oleh ROHANA MAN

KUANG – Masalah penduduk di Bandar Tasik Puteri (Tasik Puteri) yang lebih kompleks mendorong calon DUN N.13 Kuang, Datuk Hasnal Rezua Merican melawat kawasan penempatan penduduk di Rawang itu hampir setiap hari sejak lebih seminggu lalu.

Lawatan bukan setakat bertanya khabar, sebaliknya calon No 1 DUN N.13 Kuang itu mahu mendengar sendiri keluh kesah rakyat yang bermastautin di penempatan tersebut sejak tahun 1998.

Beliau berkongsi masalah penduduk Tasik Puteri dalam rancangan X klusif Bersama Syahril – Edisi Khas PRN di platform media sosial Facebook, Youtube Tanah Berdaulat TV dan Astro Awani, malam tadi.

Hasnal Rezua menjawab soalan moderator Syahril A.Kadir yang bertanyakan tentang apa masalah di Kuang yang masih menuntut satu perjuangan tuntas daripada calon yang mereka pilih kelak.

Hasnal Rezua (Barisan Nasional) adalah calon No 1 DUN N.13 Kuang.

“Kuang memiliki demografi yang berbeza, kehendak berbeza. Kuang ada masalah banjir yang belum selesai.

“Masalah kebajikan atau akses kepada kebajikan juga belum selesai.

“Ya…,soal kebajikan sebenarnya ditangani kerajaan khususnya kerajaan negeri dan juga pusat. Tetapi akses kepada kebajikan, ramai yang tidak tahu bagaimana nak sampai.

“Jadi, saya lihat…, itu satu cabaran kepada pemimpin yang ada,” katanya dipetik daripada rancangan tersebut kepada Malaysia Hot.

Sehubungan itu, katanya, pemimpin mesti memastikan seluruh kepimpinan berhadapan dengan rakyat bagi membuka laluan atau akses rakyat mendapatkan bantuan.

“Kemudian isu penjaja. Masih ada. Di Tasik Puteri, masalah lebih kompleks.

“Sekolah tak cukup untuk menampung jumlah pelajar kerana Tasik Puteri merupakan bandar yang besar.

“Pelan perancangan asal pemaju adalah mahu mewujudkan bandar satelit dari segi saiz dan penduduk yang mungkin lebih besar daripada Subang Jaya.

“Tetapi pembangunan itu berjalan separuh jalan.

“Mungkin pemaju rasa dia mempunyai keutamaan pembangunan lain dan tukar kepada taman perumahan biasa,” tambahnya.

Carian maklumat di Google mendapati pemaju merangka sebuah bandar baharu yang lengkap dalam beberapa fasa pembangunan.

Fasa pertama melibatkan pembinaan rumah teres setingkat dan setingkat setengah sebanyak 1,000 unit pada 1998.

Fasa berikutnya menyaksikan pembinaan 12,000 unit rumah dan pusat komersial di tapak seluas 1,335 ekar.

Namun pembangunan tidak diteruskan dan terhenti.

Hasnal Rezua, menjelaskan dalam perancangan awal, pemaju mahu membina 12 buah sekolah tetapi yang dibina hanya tiga sekolah sahaja.

“Sekolah ada tiga (menengah dan rendah). Tak ada pasar,
tak ada balai polis dan tak ada klinik kesihatan untuk satu penempatan perumahan yang mempunyai kira-kira 80,000 penduduk.

“Ini satu cabaran sebenar yang perlu ditangani sesiapa sahaja yang jadi pemimpin di Tasik Puteri,”ujarnya.

Mengulas kenapa pembangunan terhenti, Hasnal Rezua berkata, kemungkinan pemaju tidak meneruskan pelan asal kerana ia tidak lagi menguntungkan.

“Saya pernah beli rumah di Tasik Puteri tetapi pembangunan terbantut.

“Mungkin tidak terlalu menguntungkan. Apa yang ada pada master plan tidak dizahirkan dalam bentuk sewajarnya,” katanya lagi.

Apa yang boleh penulis simpulkan adalah penduduk BTP yang mahukan perubahan dan pembangunan berterusan wajar membuat pilihan tepat semasa hari pembuangan undi pada 12 Ogos ini.

Hanya ada satu calon yang mampu merealisasikan harapan penduduk BTP iaitu calon BN untuk DUN N.13 Kuang, Datuk Hasnal Rezua Merican.

PRN15 #PRNSelangor #Kuang #N13 #TetapSayang #HRM #Perpaduanready #kitaselangor #DemiKestabilan #DemiKemakmuran #Hasnal #HasnalKuang #CalonNo1 #HasnalSatu #HRM1 #SuaraKuang #KuangKuSayang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *